Sunday 8 January 2012

MSS ZON PADAWAN 2011

10 FEBRUARI 2011 (KHAMIS): Hari ini, sekolah St Mary telah menjadi JOHAN lagi dalam MSSM Zon Padawan Papar .. :D :D .. Para atlet telah menunjukan kemampuan mereka & merangkul 6 emas, 5 perak & 2 gangsa .. tahniah .. tahniah. Tahniah juga kepada semua guru sukan yang bertugas & yang melatih para atlet sehingga mereka mencapai kejayaan . Semoga kejayaan akan berterusan dengan lebih memuaskan lagi pada tahun akan datang (2012 lah) . Tahniah diucapkan juga kepada pasukan 'tarik tali' yang berjaya menewaskan lawan & menjadi johan. Tahniah diucapkan juga kepada pasukan 'tarik tali' kerana berjaya menewaskan lawan & menjadi johan dalam acara tersebut. Rupanya bukan saja pantas berlari tetapi kuat2 juga :)) . Kepada semua atlet yang terpilih untuk mewakili sekolah & zon ke peringkat daerah, teruskan perjuangan anda & mudah2an akan mendapat pencapaian yang lebih memuaskan. Para individu & pasukan yang mendapat pingat:

1) Lompat Jauh (L) @ Herton Hendrey (Johan) 
2) Lompat Tinggi (P) @ Carmelia Richard Manih (Johan) 
3) Lontar Peluru (L) @ Cantona AK Albert (Johan)
4) Lompat Tinggi (L) @ Stephen Daniel (Naib Johan)
5) Lontar Peluru (P) @ Nur Ain Aslin Ahmad Zubir (Naib Johan)
6) 100 m (P) @ Nathally Chung Wui Ling (Ketiga)
7) 200 m (L) @ Nathaniel Vincent (Johan) & Herton Hendrey (Ketiga)
8) 200 m (P) @ Nathally Chung Wui Ling (Naib Johan)
9) 4 X 100 m (L) Johan @ Son Spencer, Herton Hendrey, Stephen Daniel, Nathaniel Vincent 10) 4 X 100 m (P) Naib Johan @ Samantha, Scholastica, Merril, Nathally
11) 4 X 200 m (L) Johan @ Son Spencer, Herton Hendrey, Stephen Daniel, Nathaniel Vincent
12) 4 X 200 m (P) Naib Johan @ Samantha, Scholastica, Merril, Nathally
13) Pasukan 'Tarik Tali' @ Johan

Semoga dengan kejayaan para atlet dalam Kejohanan Padang & Balapan kali ini akan memberi semangat kepada atlet-atlet junior yang bakal mewakili sekolah ke pertandingan yang sama pada tahun depan. Diharapkan juga agar pencapaian dari segi bilangan medal/pingat akan meningkat terutama sekali pingat emas.
Seramai 7 atlet akan mewakili zon ke peringkat daerah yang akan berlangsung pada 28hb Februari hingga 3hb Mac di Padang SMK Benoni Papar. Mereka adalah:
1) Nathaniel Vincent (200 meter @ Emas, 4 X 100 m @ Emas. 4 X 200 m @ Emas)
2) Herton Hendrey (Lompat Jauh @ Emas, 4 X 100 m @ Emas. 4 X 200 m @ Emas)
3) Eric Cantona (Lontar Peluru @ Emas)
4) Stephen Daniel (Lompat Tinggi @ Perak, 4 X 100 m @ Emas. 4 X 200 m @ Emas)
5) Carmelia Richard (Lompat Tinggi @ Emas)
6) Nur Ain Aslin (Lontar Peluru @ Perak)
7) Nathally Chung (100m @ Gangsa, 200m @ Perak, 4 X 100 m @ Perak. 4 X 200 m @ Perak)

Semoga mereka akan memperolehi kejayaan dengan cemerlang dan seterunya mewakili ke peringkat bahagian.

Tahniah kepada Carmelia Richard & Nathaneal Vincent kerana berjaya mewakili daerah ke peringkat bahagian.
1) Carmelia Richard (Lompat Tinggi @ Perak, Lontar Peluru @ Emas)
2) Nathaneal Vincent (200 meter @ Perak)

Nathaniel ketika beraksi di peringkat bahagian di Menumbok Labuan.

No comments:

Post a Comment