Saturday 28 January 2012

Kelab Olahraga Sekolah

Kelab Olahraga sekolah hanya ditubuhkan pada tahun ini (2012) namun kejayaan para atlet sekolah dalam sukan olahraga telah lama menyerlah sama ada di peringkat zon (Padawan) ataupun daerah (Papar) dan bahagian (Pantai Barat Selatan). Sejak beberapa tahun yang lalu (antara 1997 hingga 2011), sekolah sentiasa melahirkan para atlet terbaik (lelaki dan perempuan) dan menempah nama mereka dengan cemerlang. Antara mereka yang pernah menjadi Olahragawan Terbaik adalah Alden (2010) dan Nathaniel (2011). Ada juga di antara mereka (sebelum 2010) yang telah mengharumkan nama sekolah sehingga mereka tamat sekolah menengah (SM St Mary). Nathaniel dan Carmelia telah mengharumkan nama sekolah pada tahun 2011sehingga ke peringkat Bahagian dalam acara 100M & 200M (Nathaniel) serta Lompat Tinggi & Lontar Peluru (Carmelia) di peringkat Daerah.

Dengan penubuhan Kelab Olahraga ini, adalah diharapkan para atlet yang terpilih dapat mempertingkatkan pencapaian mereka dalam acara yang mereka ikuti di peringkat zon dan ke peringkat seterusnya. Para atlet yang terpilih semasa Sukan Olahraga sekolah lalu (2011) sedang dilatih untuk memantapkan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi sukan zon pada 7hb hingga 9hb Februari 2012 di Padang SK Limputong Papar. Adalah diharapkan agar sekolah dapat mengekalkan kejuaraan seperti yang diperolehi pada tahun lalu di mana sekolah telah menjadi Johan Keseluruhan dan Olahraga Terbaik Keseluruhan, iaitu Nathaniel Vincent. Selain itu, bilangan atlet sekolah yang terpilih mewakili zon juga meningkat kerana mereka yang terpilih adalah pemenang Johan dan Naib Johan.

Antara guru penasihat  dan jurulatih bagi kelab ini adalah En Clement (Penyelaras), En Sudin, En Rattis dan En Abd Malis. Guru penasihat tambahan adalah Pn Norhayah, Pn Luzaria dan Cik Suzanah. Guru-guru ini sentiasa membantu Penyelaras Sukan Olahraga dalam melatih para atlet terpilih pada setiap hari Jumaat, iaitu semasa Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) dilaksanakan. Semoga dengan adanya kerjasama dari semua guru, kejayaan atlet di luar sekolah akan sentiasa mantap dan membanggakan. All the best to all teachers and athletes.

No comments:

Post a Comment